Tuesday, February 7, 2012

INDAHNYA ISLAM : 1

Assalamualaikum.. :) Salam Maulidur Rasul. :)

Macam pidato lak rasa. :p

Haihhh. Bersawang dah blog ni. haha. Ayat klise. Memang dah lama tak update blog ni. Bukannya tak ada idea. Cuma syaitan nirrajimmm ni asyik menghasut jek. Malas.. malas.. malas.. So, hari ni bertekad nak pecahkan rantaian hasutan syaitan ni dengan membuang sifat malas dengan mengupdate blog. Dengan harapan dan semangat yg berkobar kobar supaya dapat jadi manfaat untuk org lain dan bekalan untuk bertemu Pencipta kita nanti. InshaAllah. :)

Kelazatan ikan bawal masak sos mak masih terasa rasa di hujung lidah ni. Apalah sangat? Eh, kalau masakan mak, telur goreng pon rasa telur bistik kan? Hihi. Memang rasa nak makan bertambah lah tadi. Tapi apabila mengenangkan Sunnah Rasullullah (saw) berhenti makan sebelum kenyang, saya pun menadah tangan dan membaca doa selepas makan. Alhamdulillah.

Indahkan hidup berlandaskan Islam ni? Islam sendiri dah mengajar umatnya untuk berdisplin dan bersederhana secara tak lansung. Yelah. Bila dah baca doa selepas makan tu secara automatiknya, nafsu yang membuak buak nak tambah nasi tadi dpt dipatahkan. Kesihatan diri pun terjaga kan? :)

Cubalah kalau makan sampai kenyang tadi. Mesti lepas tu tersandar. Mengantok. Nak buat kerja kerja Final Year Project pon malas. Satu apa pon tak jadi kan?

Dalam buku MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT karya Dr. Adi Hashman, ada diceritakan, sahabat sahabat Nabi Muhammad (saw) tidak pernah melihat Nabi kenyang untuk dua hari berturut turut. Most of the time, Nabi akan berlapar sehinggakan Nabi pernah mengikat perot Baginda dengan batu batu kecil untuk menahan lapar. Sedangkan Nabi boleh je perintahkan sahabat sahabat pergi mencarikan makanan untuk Baginda, Nabi pon dah mengajar kita, makanlah bila lapar, berhenti sebelum kenyang. So, jom kita praktikkan Sunnah Baginda! :)

Sebelum makan pon, kita dahuluilah dengan doa, Ni pon satu lagi cara Islam untuk mengindahkan peribadi umatnya. Yelah. bila kita dah duduk elok elok, makan dengan tertib, baca doa, tak ada lah kita nampak gelojoh kan? Rasulullah pun makan dengan tiga jari sahaja. Sopan jek kan? Takdelah berselemuihhh jari jemari tu. Kita pun kalau nampak orang makan dengan gelojoh mesti rasa geli semacam kan? Bila kita ikut aturan yang telah digariskan Islam, InshaAllah, peribadi kita akan terjaga, :)

Islam is the way of life, Memang dah lama kita tahu benda ni semua. Tapi kita je degil taknak ikut. (Eh, entah entah ko je yang tak ikut lagi.) Seriously, benda benda remeh mcm ni sebenarnya yang dpt jaga peribadi kita, Benda benda sunat macam ni lah yang Nabi Muhammad wariskan untuk umat Baginda agar akhlak kita semua sentiasa terjaga, Setiap yang Islam suruh dan setiap yang dilarang pasti ada hikmahnya. :)

Okaylah. Saya akhiri entry kali ini dengan doa selepas makan. Kenapa doa selepas makan? Sebabnya doa sebelum makan mmg rata rata semua org hafal. Tapi doa selepas makan ni, orang selalu lupa dan tinggalkan walaupun kedua duanya memang dah diajar kat tadika dulu. hehe. So, jangan pulak budak tadika hafal doa, kita yang dah lama hidup ni, sendawa besorr je tiap kali lepas makan. :) Mari beramal! :)




Assalamualaikum. :)

1 comment: