Wednesday, July 20, 2011

PENYESALAN.

Assalamualaikum.. :)

I bet setiap orang mesti pernah rasa menyesal kan? Sebab benda ni memang boleh terjadi dlm kehidupan seharian kita. Boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sama ada sebagai pelajar, sebagai anak, sebagai kawan or sebagai kekasih.. 

Contohnya? Ni yg wani terpikr je lah. Bukan semuanya pernah dialami sendiri. Ehe. 

Situasi 1 : Kalau aku study betul betul, mesti result aku lebih baik... ( ni selalu terjadi.. huhu)

Situasi 2: Kenapa aku pergi makan nasi tadi, kan perot dah buncit balik. ( Selalu jugak terjadi. haha)

Situasi 3: Menyesal lak beli baju ni tadi, sekali jumpa yg lagi lawa and lagi murah! waaaaa.. :(

Situasi 4: Alamak tertinggi suara lak kat mak tadi. Haishhh.. :(

Tapi, umat Islam memang tak digalakkan menyesal and guna perkataan KALAU.. Sebab sama lah macam kita tak percaya dengan qada dan qadarNya. Apa yang saya boleh katakan, yg terjadi memang dah terjadi. Takkan mampu berpatah balik. Yang penting kita usaha agar kesilapan yg sama tak berulang kembali. Sebagai manusia kesilapan kesilapan kecil dlm hidup mmg tak boleh dielakkan lagi. Mungkin dari penyesalan ni akan membawa pengajaran untuk kita menjalani kehidupan ini dengan lebih baik.

Penyesalan yg kecil ini mungkin merupakan penghalang untuk penyesalan yg lebih besar pada masa akan datang. 

1 comment:

  1. haha...samelah post ko ngan aku...main idea yg same tp diterjemahkan dlm bendtuk yg berlainan..huhu..~Salam Ramadhan~ :)

    ReplyDelete