Saturday, May 14, 2011

Biru Mata Hitamku??

Assalamualaikum.. :)

Hai, hari ni aku nak story pasal contact lens. Yerps. Contact lens. Hehe. So, entry kali ni lebih pada bahan ilmiah sket lah okay? :)

Macam yang kita semua sedia maklumkan, memang ramai skarang orang prefer to wear contact lenses dari pakai spectacle. Sebab utama mestilah cosmetic kan? That's why contact lens wearer ramai yang terdiri daripada perempuan compare to lelaki.

Ye lah. Cuba bayangkan kalau pakai spectacle. Dah la besar. Tutup lah kecantikan mata kan? huuu.. Nak nak pulak yang pakai eye shadow. Siap buat smoky smoky eye lagiii.. Mana tak sentap kalau lepas tu kene tutup dengan spectacle kan kan?

Tapi, tahukah anda bagaimana untuk menjadi pemakai contact lens yang baik?

Tak tahu? Okay. Sila baca.

1. Anda perlu pastikan anda membeli contact lenses yang dipercayai manufacturer nya. Bermaksud, better untuk anda membeli contact lens dari kedai kedai optometri ataupun kedai optikal daripada anda membeli over the internet. Kalau kat kedai tu, orang yang jual tu lebih establish dan lebih educated. So, dia tahu apa yg and dan mata anda perlukan. Please lah sayangi mata. Make sure anda betul2 tahu pasal any thing yang anda ingin letak dalam mata anda tu.

2. Pastikan anda telah membuat contact lens fitting sebelum memakai contact lens. Ha? Terkejut? Contact lens pun ada fitting ke? Wait a second, contact lens ada size ke? Ya ya.. That is true. Contact lens memang ada size. So, wajib untuk anda semua fit contact lens sebelum pakai tau. Ini untuk pastikan yg contact lens tu betul2 conform kat mata anda and dapat benarkan oksigen yang secukupnya masuk. Disebabkan cornea tak ada salur darah, dia terima oksigen dari persekitaran. Pemakaian contact lens ini akan menghadkan penerimaan oksigen oleh cornea anda. So, bila cornea tak cukup oksigen, banyak pulak komplikasi yang boleh jadi. Salah satunya tumbuhlah salur darah kat cornea anda, Cornea shoud be transparent tau. Bila ada salur darah, means ada object legap kat depan mata anda. So, automatically bila anda tengok sekeliling, pemandangan anda dekat tempat salur darah yg baru tumbuh tu akan diblock. Scarry huh? So, get a fitting now! Anda ada hak untuk tanya orang kat kedai tu kalau dia tak buat fitting untuk mata anda. Kalau dia tak nak buat jugak? Meh datang klinik optometri UiTM Puncak Alam. Kami sedia membantu, :)

3. Sila patuhi had masa yang ditetapkan okay? Kalau orang kata pakai 8 jam, pakai 8 jam je. Kalau orang kata pakai sebulan, pakai sebulan je. Kalau contact lens tu daily disposable, jangan pulak kau pakai untuk sebulan. Simple. Untuk cantik, kau kene set some rules kan untuk disiplin kan diri. Macam tu lah jugak. Nanti bila jadi kekurangan oksigen/hypoxia kat mata tu, mata pon jadi merah menyala. How are we going to call that pretty right? :)

4. Sila cuci tangan sebelum mengendalikan contact lens ada. Sila tau? Wajib! Jangan kedekut sangat. Belilah detol ke ape ke. Untuk pastikan tangan anda benar benar bersih. Lepas tu lap tangan dengan tisu.

5.  Cuci contact lens sebelum dan selepas pakai. Sila rub semasa cuci tu walaupun ada solution yang kata no rubbing necessary. Dusta belaka itu semua. Untuk keselamatan dan menyahkan segala bakteria bakteria dan makhluk jahat, anda perlu lah meng'rub' contact lens anda. Then, store it in casing yang bersih with appropriate solution, Selalunya orang pakai multipurpose solution je. That's fine. :) Oh, lupa nak mention. After cuci tadi, kene rinse/bilas tau. Rinse boleh pakai saline atau pon pakai multipurpose solution tadik. TAPI. Jangan pakai air paip tau, ade eee coli.. T.T

6. Casing contact lens tu kene cuci at least seminggu sekali. Anda boleh gosok gosok dengan berus gigi ataupon apa sahaja yg boleh digunakan untuk memberus. Tapi, jangan lah pakai berus gigi yang anda dah guna untuk sental gigi anda tu. Erk? yewwww. Gross. Casing ni kena tukar sebulan sekali. Kalau anda pakai contact lens yang untuk sebulan punya should be no problem sebab bila anda beli contact lens untuk bulan yang baru, dia akan bagi casing sekali. Lain lah kalau anda pakai contact lens sebulan untuk setahun. Isk isk. Sila jangan ye.

Susah? Leceh? Tak ada yang senang kalau nak cantik. heee. Bersyukur lah sebab kita semua masih boleh pakai spectacle and contact lens berbanding mereka yang buta and tak ada apa yang boleh membantu dah. Sila bersyukur and jaga kurniaan Allah sebaik baiknya okay?

Takkan nak tunggu mata anda ade ulcer cm ni kan? Aishh.. peritt mate nengoknyeee.

BEAUTY IS PAIN PEOPLE. TAPI BUKAN BERMAKNA ANDA PERLU MERISIKOKAN PENGLIHATAN ANDA TU TAU. 

4 comments:

  1. errr....sakit je nampak...hahahha....betol2 klau nak pakai lens..pakai ikot rule!! hehee

    nwat..nice post

    ReplyDelete
  2. nice post..good advice tuk CL wearer..ada element2 takot2kan penguuna..hehe..nice job!
    bole smbung Mster ni CL ar gini..

    salam ziarah, jempot lar yee!
    http://pelajarkacamata.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hehe.. sbb kalau tak takotkan nnt oftal salahkan optom.. huhu

    ReplyDelete