Sunday, February 12, 2012

Always ask yourself to be better! :)

Assalamualaikum. :)

Kehangatan sebagai final year student sudah mula terasa. Ditambah tambah dengan pelbagai karenah birokrasi yg berlapis lapis memang menuntut kesabaran yang tinggi. Kadang kadang memang rasa nak surrender dah. Pantang tercuit sikit, mula lah nak meletoppp. Hai, cik alwani.. bila la anda nak tingkatkan level kesabaran anda tu? bukan kah sabar tu sebahagian dr iman? ya ya.. saya tengah cuba. Gambate! ^.^

Then, hari khamis lepas, berjalan jalan di kedai fotostat untuk mencari kotak utk letak brg brg research. Mintak kotak kat brother tu. Dia x cakap pulak free ke ape. Yang cik alwani ni pulak tak reti nak mintak free. Malu malu kucheng la kununnye. Bila tanya berapa brother, dia cakap due kotak singgit. Tersengih dalam hati sbb kira murah la. Tapi bila cik partner research tengok resit, dia cakap, eh, kotak pon kene bayar. Haih, dah rasa bersalah dalam hati. Mesti boleh dpt free je kan? tapi ada ke benda free sekarang ni? -____-

Dan dalam kedai, mata ni terpandang file yg sungguh menarik and berwarna warni. Tertulis kat atas file tu,

"NEVER ASK THINGS TO BE EASIER, ALWAYS ASK YOURSELF TO BE BETTER"

wah, sesuai sungguh dengan apa yang cik alwani tengah rasa sekarang ni kan. Rasa nak marah dengan ujian yg datang. Rasa nak quit. So, tanpa berfikir panjang, tangan pun meng'grab' file berkenaan and pergi bayar. And tersenyum sepanjang jalan balik sbb dapat file yang sungguh awesome! haha,

Memang betullah kata cik nono sayang, takde bende yang lagi senang dari merungut, Bila merungut, syaitonnirrajimm pon menghasut suruh mengumpat mengutuk dan pelbagai lagi. Banyaknya tambah timbangan kat neraca dosa. T.T

Bila dah bertenang, fikir balik, Belajar ni pon kira berjihad jugak. Tapi bila ada rintangan and halangan dah nak mengalah. Nak quit.Masing masing dah cakap, baik aku pergi kursus memasak and menjahit je, Leh jadi housewife yang hebat! Macamlah jadi housewife tu senang. Hey, you not a quitter! Allah nak tambahkan pahala dengan hantar ujian ujian ni, untuk kita belajar lebih bersabar. Macam cik heliza helmi kata dalam syurga cinta tu... S-A-B-A-R sabar! :) InshaAllah bila dah habis segala rintangan ada hasil yang sangat manis menanti. :)

Moral of this entry, cik alwani dan anda anda anda semua hendaklah haruslah mestilah wajiblah belajar untuk meningkatkan kesabaran dalam diri. Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang bersabar. Bukankah hebat bila disayangi Allah? Anda tak mahu? Saya mahu! :P

No comments:

Post a Comment