Wednesday, March 30, 2011

Cantiklah awak berbaju kurung.. :)

Suka sangat bila tengok orang berbaju kurung. Eh, suka bila tengok orang PEREMPUAN berbaju kurung lah, Kalau orang lelaki pelik la pulak kan? hihi. Bila pakai baju kurung tu nampak cam sopan je kan. Ala2 Ana Rafali gitu. hehe.

Mak selalu cakap pakai la baju kurung bila nak pergi mana2. Sopan and ayu je. ehe. Encik Kamil pun selalu je suruh pakai baju kurung bila keluar dengan dia. Tapi setakat ni tak pernah tunaikan lagi. Ehe. Kecuali bila jumpa time raya and time kat universiti, memang kena pakai baju kurung lah.

Baju kurung yang dimiliki dah menimbun-nimbun dah. Masuk sem baru je mesti nak baju kurung baru berpasang-pasang. Alasan sebab baju kurung lama dah tak cantik and old fashion. Sian abah kan. Hihi. Tapi mak selalu sokong sebab dia suka anak dia pakai baju kurung time belajar. Baru rasa nak pergi belajar katanya. Kalau pakai jeans tu mcm nak gi meronggeng lak. hehe.

Tapi sejak dah masuk clinical year ni, memang seluar jeans dah tak boleh sentuh lah. Hari2 pakai baju kurung. Boleh pakai slack, tp kene pakai kemeja yang nampak presentable lah. Tak suka sangat pakai slack, so pakai lah baju kurung. :) Ada alasan lagi nak buat baju kurung baru. hehe.

Bila pagi2 tu, nak pilih baju rasa mcm dah takda baju nak pakai. Pelik betol. Mesti semua perempuan pernah rasa masalah ni kan? kan? kan? hehe.

Lagi satu yang wajib ada ialah baju kurung versi yang tak payah gosok. Ehe. Ini wajib ada untuk kecemasan. Ehe. Bila terlambat bangun and bila datang mood malas tahap petala kelapan, baju versi ini sangat lah diperlukan. Haha.

So, jom lah kita semua memakai baju kurung kerana nescaya anda akan nampak manis dan ayu.Kalau pakai baju kurung tu, jangan lupa kenakan butang kat tengkuk tu, nanti nampak tak kemas. And jangan pakai pakai yang ketat plus jarang. Dah tak kena gaya nanti. Jangan lah lupa pakai kain dalam pulak. Takda guna la nanti kan? :P

4 comments:

  1. I like baju kurung so much...hehe

    ReplyDelete
  2. suke2.. sopan dan ayu.

    aku ingat nak bukak kedai baju kurung lar...haha

    ReplyDelete
  3. fara: hehe.. thanks!

    ezniey: hihi.. me too

    mieto: ehek.. boleh2.. bagi diskaun tau kat aku. hehe

    ReplyDelete