Monday, March 21, 2011

Aura Positif..:)

Susahkan jaga hati orang lain? Bila kita terlampau pikirkan orang lain, orang tu taknak pulak pikirkan pasal kita. Last2 diri sendiri yang sakit hati. Kadang2 ada rasa macam nak jadi lone ranger. Dalam kelas nak senyap je. Malas nak campur hal orang lain. Tapi dah try dah hari ni, tak boleh jalan la. Dah sejak azali kau jenis yang pot pet pot pet kan, macam mana tiba2 nak berubah jadi perempuan melayu terakhir yang ala2 ayu gitu. Hari ni dalam kelas pun dah try nak diam, tiba2 mulut boleh bersuara lak. Dalam hati cakap, eh eh kontrol sikit. then bersuara lagi.. Aishhhhh.. Memang tak boleh ni. Tambah2 lagi Sir Mursyid macam pelik dah tengok aku senyap je dalam kelas dia. Mungkin tanpa aku, kelas dia jadi tak interaktif. Haha! Perasan!

Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan, aku berjaya jugak jadi passive dalam kelas hari ni. Tapi rasa macam tak best pulak. And aku rasa macam tak dapat apa2 dalam kelas. Habis lah kau. Dah la pesen malas nak study. -.-

Bila dah kembali ke rumah sewa yang sudah dikemas bersih oleh Nono, hati merasa sedikit tenang. Lalu aku pun dah decide. Lantak lah orang nak fikir apa. Mulai hari ni aku nak fikir positif dalam hidup and act positif. Yelah, bila baca status orang yang asyik banyak masalah, padahal masalah tu dicreate oleh diri dia sendiri, aku pun dah naik meluat. So aku taknaklah korang meluat dengan aku pulak. Hehe.

InsyaALLAH, mulai saat ni berazam nak jadi Alwani yang baru. Moga aku akan terus istiqamah and memperbaiki diri dari setiap segi. Doakan aku okeh?

first step? close google chrome and start doing your assignment! haha! chowwww...

Assalamualaikum..:)

4 comments:

  1. ada award untuk anda di blog saya!
    sila ambil..
    T____T

    ReplyDelete
  2. wani!!!! anum pon penah try wat mcm tu lam klas...sume org plik sbb snyp jer...then tnyer saket ker, ade mslh ker...yela slalu yer pot pet pot pet x hbs2...tp skang nie, kalo anum rase x perlu ckp, diam jela...hehehe

    ReplyDelete
  3. ha...
    kita selalu cakap pasal aura nih masa sekolah dulu kan...??
    heheh...
    as selalu cakap...
    wani punya AURA VERY BIG!!...hehehe..
    nah..ini buktinya...

    ReplyDelete
  4. fara: okep!

    anum: heee.. tu lah.. susah kot nak control diri..

    as: hehe.. pandai lah as ni..

    ReplyDelete