Friday, February 14, 2014

Tunggu Mama di Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry ini telah dicuba publish beberapa kali. Tapi tak terluah. Sungguh aku sedih. Tapi sebagai hambanya aku perlu redha. Tapi setelah ada beberapa kawan yang bertanya, so aku rasa nak luahkan. Kenapa bila entry sedih jadi "aku". huhu.

Musibah itu hanya dapat dirasai hikmahnya bila kita REDHA.

Mungkin dengan perkongsian ini dapat meringankan hati. InshaAllah. Sememangnya impian semua wanita ingin menjadi ibu. Aku antara wanita yang mengimpikan anak dengan cepat. Memang kami decide untuk ada anak secepat mungkin. Nak nak lagi bila tengok muka abah bila dukung cucu sedara. Tapi siapalah aku untuk merancang. Sungguh aku diduga dengan ujian SABAR. Selepas majlis pernikahan pada bulan May aku disahkan mengandung pada bulan DISEMBER. Lama tu. huhu. Boleh kata tiap2 bulan menitis jugak air mata bila 'kawan baik' datang. 

Kerja Encik Kamil kat tengah laut buatkan timing kitorang limited. huhu. Kadang kadang timing tak kena. Sampailah bulan november tu, my ovulation day jatuh pada 16hb. And encik kamil pun diberikan rezeki pulang pada tarikh tu walaupun sebenarnya dia dijadualkan pulang dua tiga hari lepas tu. Alhamdulillah, next period tu aku miss and three days after that beli pregnancy test and dapat positive result. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita sebelum tu ramai orang tegur aku pregnant. Mak selalu cakap pasal cucu. Makcik kamil tanya aku berapa bulan. Rudi cakap aku pregnant. Abg ijan pun. Dia cakap tengok aku letih semacam. Oh, dan aku ada amalkan beberapa tips untuk kehamilan waktu November tu. Nanti aku share kat entry lain k. :)

Alhamdulillah atas bahagia itu walaupun sebentar. :)

13 disember kami pergi family day keluarga sebelah abah kat dusun eco resort. Aku memang tak main outdoor aktiviti. Indoor pun main kuiz2 je. Cuma banyak naik turun tangga yang memang aku rasa memenatkan gila waktu tu. And i can't stop myself dari dukung anak anak sedara aku. Paling ringan pun 8kg. huhu. Takpelah. Lepas ni aku akan berhati hati jika dikurniakan rezeki. Isnin tu pergi mid valley temu janji doctor. That time aku notice ada darah sikit time aku buang air kecik. Memang berderau dah. Malam tu jadi setompok. Aku cakap kat abang. Dia cakap esok kalau ada lagi dia bawak aku gi klinik. 

Pagi selasa esok ada lagi. So kami pun pergi GMC. Doc scan rahim aku. Dia cakap aku 4 weeks pregnant. Aku dah takut sebab sepatutnya aku 7 weeks pregnant. Doc cakap normal sebab kadang kadang kita ovulate lambat. Lagipun aku bukan buat BBT. Just guna calendar kat handphone jek. Doc cakap normal selagi perut tak sakit. Kakak ipar cakap normal tu. Sebab nak cuci darah darah lama yang tak habis keluar time period. Lega sekejap.

Rabu aku start sakit perut macam sengugut. Memang lepas bleeding tu bedrest je. Tak buat kerja langsung. Encik kamil la basuh kain, sidai kain, masak dan lain lain. Thanks abang! Lepas maghrib tu sakit perot makin menggila. Aku nangis nangis dah suruh abang bawak gi klinik. Tapi malam kat GMC takda gynae. Doc biasa je check. Dia cakap kandungan still okay and takde tanda2 turun. Tapi sakit sangat oi perut aku. 

Balik klinik pun sakit lagi. Aku rasa dalam 2 jam gak aku keluar masuk toilet. Tak tahu nak explain macam mana. Sakit berganda ganda dari senggugut yang aku pernah rasa. Lepas tu aku teringat ada air zam zam. Aku pun minum dan berdoa yang terbaik dalam hati walaupun aku tahu yang aku alami ni semua tanda tanda keguguran. Ajaibnya lepas minum tu sakit aku berkurangan dan aku boleh tidur. Alhamdulillah.

Pagi tu aku bangun, baby dah keluar dah. Kecil je. Besar dua ibu jari. Aku jerit panggil abang. Abang tengok muka aku. Aku suruh abang ambik gambar. Tak nangis lagi time ni. Lepas bersihkan diri, keluar toilet, abang peluk aku. Time ni la baru aku nangis sambil mintak maaf kat abang. Abang suruh aku sabar. Lama gak la sesi tu. 

Pukul 9 kami pergi gmc balik. Doc sahkan aku dah complete miscarriage. Tak payah cuci. Alhamdulillah. Doc pun bagi nasihat macam macam. Yang aku ingat, kami muda lagi, kami tahu yang kami boleh dapat anak. Doc suruh pantang 2 minggu. Rahim kalau boleh restkan 3 bulan. Tapi kalau ada rezeki sebelum tu jangan la buang pulak. Eh doc ni. hehe.

Lepas tu bila abang tinggal aku sorang sorang memang aku nangis. Kalau abang ada aku okay je. Nasib baik bos abang faham dan bagi abg kerja kat kl je. Tapi sekarang ni aku dah makin kuat dah. Bila ada kawan kawan yang announce pregnant pun aku okay je. Bahagia untuk orang lain. Dan mintak diorang doakan aku. Pergi event herbalife, sibukkan diri dengan kerja kerja, tidur dan exercise antara benda yang aku buat bila aku sedih. Dan tak lupa selfie. haha.

Aku terima semua ni dengan hati terbuka. Moga Allah kurniakan kami rezeki di tahun 2014 ini. InshaAllah. Allah lebih mengetahui. Kami yakin Allah maha perancang. He is the best planner. Mungkin kami belum bersedia jadi ibu bapa terbaik untuk anak kami. And when Allah know we are ready, I believe He will give the cutest babiesss for ussss. hehe

Okaylah. Tu je nak share pengalaman. ehe. Korang semua doakan yang terbaik ye untuk kami. Kami pun doakan yang terbaik untuk semua. Amin. Moga kita sentiasa berada di dalam redha Allah. :)

Till next entry darlingsss!

Herbalife Personal Wellness Coach
Alwani
019-2939916






1 comment:

  1. Wani, akk doakn wani sabar Dan tabah... akk fhm perasaan wani..jadikn ini pengalaman utk kehamilan yg akan dtg ..best of luck, my dear!

    ReplyDelete