Tuesday, March 8, 2011

Susahnya Membuat Pilihan? T.T

Assalamualaikum..:)

Dalam hidup ini seringkali kita diberi pilihan kan? Time sekolah dulu pon mesti ada uztazah cerita yang before lahir kat dunia ni pun kita dah ditanya sama ada sanggup ke tak mengharungi dugaan kat dunia. Siapa yang sanggup akan lahir and yang x sanggup akan mati before lahir. Kiranya aku and semua orang yang baca post ini, sanggup la nak menghadapi hidup kat dunia ni.. :)

TAPI...

Sekarang berapa ramai yang lalai and leka dari tanggungjawab kepadaNya kan? Jangan cakap orang lain, tengok pada diri sendiri.. muhasabah and sentiasa usaha ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah..:)

Okay, sekian tazkirah untuk kali ini.. hehe.. Berbalik pada tajuk, memang susah kan bila nak buat pilihan? Terutama bila pilihan tu melibatkan masa depan kita ataupun masa depan orang lain. Macam time nak masuk universiti dulu, borang upu tu siap kena isi 8 pilihan kan? sakit kepala pikir macam mana nak isi.. Karang salah isi dapat course yang x best pulak kan.. 5 hari 5 malam study courses yang ada kat malaysia ni.. Alhamdulillah akhirnya dapat 2nd choices and Alhamdullilah because I think I made the irght choice..:)

So, macam mana kita nak memilih dengan betul??

1. Senaraikan pilihan anda. :)


2. Senaraikan kebaikan dan keburukan setiap pilihan yang ada.


3. Pilih pilihan yang kebaikannya lebih banyak dari keburukan.


okay, ini cara yang cikgu cikgu kaunselor ajar dulu kan? hehe.. tapi selalunya aku mesti buat pilihan yang paling aku suka, tak kisah lah keburukan dia lagi banyak kan? itula namanya manusia.. memang abah pun selalu cakap aku selalu pentingkan kehendak dari keperluan. Hai, perempuan,memang lah bernafsu kan? eh eh.. jangan pikir nafsu lain plak tau.. nafsu shopping lah..:) hehe..


So, buatlah pilihan anda sebaik baiknya, sebab mungkin ada yang tak boleh diundur lagi.. cewahhh..:) bila dah tersalah buat pilihan, try untuk baiki, InsyaAllah ada jalannya... kata encik Maher Zain yang hensem! :P



p/s: semalam aku, didi and ila dah beli sabun Breeze bersama Comfort. Tertipu dengan tulisan RM6.80. Rupanya tu harga Comfort yang percuma. Semua sekali harga dia RM25.. nak menyesal pon x guna. -.-

3 comments:

  1. nie nak buat plihn ape yang..tarikh kawen??hehheheheh

    ReplyDelete
  2. dan semoga kita sama-sama mendapat faedah melalui istikharah :)
    tidak diciptakan Allah sesuatu itu utk sia-sia..
    semoga kita belajar menikmati istikharahNya..

    ReplyDelete
  3. anum: pilihan calon suami pon belum.. beratur dah org ni.. haha.. (habes la kalau encik kamil baca)

    fara: hehe.. insyaAllah..:)

    ReplyDelete