Sunday, February 16, 2014

Happy 25th Birthday Sayang!

Bismillahirrahmanirrahim..

I would like to dedicate this entry to my beloved husband, Mohamad Kamil bin Saharuddin. Yeayyyy! Akhirnya kita sebaya setelah 26 hari puas diejek abang. Hehe. Mmmuah! Mmmuah! (yang lain tutup mata eh.. hehe)

Happy birthday to you.. Happy birthday to you... Happy birthday to abang... Happy birthday to you.. :)



DUA PULOH LIMA!

Oleh sebab kami sedang berjauhan, maka tak dapatlah nak celebrate birthday abang yang pertama kali selepas bergelar suami. Takpe, kita postpone okay? ehe. I owe you. hehe

20 JAN 2013. ME TURN 25 YEARS OLD


Thanks abang for always being such a wonderful husband for me. Always be there for me. Sabar je pujuk ayang walaupun ayang ni TERLAMPAU kuat merajuk. Haha. I know. Tapi saja nak mengada ngada. I just love it! haha.

Tahun ni ialah tahun ke 7 alam percintaan kami. Cewahhh. 6 tahun perhubungan baru Allah izinkan kami bernikah. Wuhuuuu. Mestilah banyak cabaran dan rintangan kan sepanjang tu? But Allah knows best. Akhirnya kami bernikah jua atas izinNya. Alhamdulillah. And it always in my dream list to marry you! haha.

Actually kami satu sekolah menengah. SBPI Temerloh is the place we met. :) Tapi kat sekolah takde apa apa lagi okay? Haip. Belajar dulu. Except for abang la. Dia kononnya ramai peminat. Aku la tu salah seorang peminat dia. Tapi cinta yang tak terluah atas beberapa sebab. :p

But then, kuasa Allah Maha Besar. Kami belajar kat satu matrikulasi yang sama. KMPK. KOLEJ MENCARI PASANGAN KEKASIH. haha. And i got mine there. Actually how we started our relationship is a great story. But i think i need another entry la for that. :) Then maybe i can tell about our wedding story also. Memang macam2 jadi. hehe. :)

10 MAY 2013

Untuk abang,

Selamat ulang tahun yang ke 25. Dah tua dah abang. :p Ayang doakan abang dikurniakan kekuatan iman dan sentiasa berada dalam jalan Allah di mana sahaja abang berada. Ayang doakan abang dimurahkan rezeki. I always support you career eventhough it felt so hard when we were apart. But it always a sweet moment waiting for you to come home. InshaAllah, ayang akan menjadi isteri abang sampai akhir nyawa dan menjadi bidadari abang di syurga. I always pray the best for us. Moga kita dikurniakan cahaya mata yang comellll macam ayang dan henseemm macam abang. hehe. Balik cepat okay syg? Kita celebrate sama sama. :)


RAYA 2013

XOXO,

alwani  :)

walawehhh.. entry jiwang. haha. jangan muntah korang.

















Friday, February 14, 2014

Tunggu Mama di Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...

Entry ini telah dicuba publish beberapa kali. Tapi tak terluah. Sungguh aku sedih. Tapi sebagai hambanya aku perlu redha. Tapi setelah ada beberapa kawan yang bertanya, so aku rasa nak luahkan. Kenapa bila entry sedih jadi "aku". huhu.

Musibah itu hanya dapat dirasai hikmahnya bila kita REDHA.

Mungkin dengan perkongsian ini dapat meringankan hati. InshaAllah. Sememangnya impian semua wanita ingin menjadi ibu. Aku antara wanita yang mengimpikan anak dengan cepat. Memang kami decide untuk ada anak secepat mungkin. Nak nak lagi bila tengok muka abah bila dukung cucu sedara. Tapi siapalah aku untuk merancang. Sungguh aku diduga dengan ujian SABAR. Selepas majlis pernikahan pada bulan May aku disahkan mengandung pada bulan DISEMBER. Lama tu. huhu. Boleh kata tiap2 bulan menitis jugak air mata bila 'kawan baik' datang. 

Kerja Encik Kamil kat tengah laut buatkan timing kitorang limited. huhu. Kadang kadang timing tak kena. Sampailah bulan november tu, my ovulation day jatuh pada 16hb. And encik kamil pun diberikan rezeki pulang pada tarikh tu walaupun sebenarnya dia dijadualkan pulang dua tiga hari lepas tu. Alhamdulillah, next period tu aku miss and three days after that beli pregnancy test and dapat positive result. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita sebelum tu ramai orang tegur aku pregnant. Mak selalu cakap pasal cucu. Makcik kamil tanya aku berapa bulan. Rudi cakap aku pregnant. Abg ijan pun. Dia cakap tengok aku letih semacam. Oh, dan aku ada amalkan beberapa tips untuk kehamilan waktu November tu. Nanti aku share kat entry lain k. :)

Alhamdulillah atas bahagia itu walaupun sebentar. :)

13 disember kami pergi family day keluarga sebelah abah kat dusun eco resort. Aku memang tak main outdoor aktiviti. Indoor pun main kuiz2 je. Cuma banyak naik turun tangga yang memang aku rasa memenatkan gila waktu tu. And i can't stop myself dari dukung anak anak sedara aku. Paling ringan pun 8kg. huhu. Takpelah. Lepas ni aku akan berhati hati jika dikurniakan rezeki. Isnin tu pergi mid valley temu janji doctor. That time aku notice ada darah sikit time aku buang air kecik. Memang berderau dah. Malam tu jadi setompok. Aku cakap kat abang. Dia cakap esok kalau ada lagi dia bawak aku gi klinik. 

Pagi selasa esok ada lagi. So kami pun pergi GMC. Doc scan rahim aku. Dia cakap aku 4 weeks pregnant. Aku dah takut sebab sepatutnya aku 7 weeks pregnant. Doc cakap normal sebab kadang kadang kita ovulate lambat. Lagipun aku bukan buat BBT. Just guna calendar kat handphone jek. Doc cakap normal selagi perut tak sakit. Kakak ipar cakap normal tu. Sebab nak cuci darah darah lama yang tak habis keluar time period. Lega sekejap.

Rabu aku start sakit perut macam sengugut. Memang lepas bleeding tu bedrest je. Tak buat kerja langsung. Encik kamil la basuh kain, sidai kain, masak dan lain lain. Thanks abang! Lepas maghrib tu sakit perot makin menggila. Aku nangis nangis dah suruh abang bawak gi klinik. Tapi malam kat GMC takda gynae. Doc biasa je check. Dia cakap kandungan still okay and takde tanda2 turun. Tapi sakit sangat oi perut aku. 

Balik klinik pun sakit lagi. Aku rasa dalam 2 jam gak aku keluar masuk toilet. Tak tahu nak explain macam mana. Sakit berganda ganda dari senggugut yang aku pernah rasa. Lepas tu aku teringat ada air zam zam. Aku pun minum dan berdoa yang terbaik dalam hati walaupun aku tahu yang aku alami ni semua tanda tanda keguguran. Ajaibnya lepas minum tu sakit aku berkurangan dan aku boleh tidur. Alhamdulillah.

Pagi tu aku bangun, baby dah keluar dah. Kecil je. Besar dua ibu jari. Aku jerit panggil abang. Abang tengok muka aku. Aku suruh abang ambik gambar. Tak nangis lagi time ni. Lepas bersihkan diri, keluar toilet, abang peluk aku. Time ni la baru aku nangis sambil mintak maaf kat abang. Abang suruh aku sabar. Lama gak la sesi tu. 

Pukul 9 kami pergi gmc balik. Doc sahkan aku dah complete miscarriage. Tak payah cuci. Alhamdulillah. Doc pun bagi nasihat macam macam. Yang aku ingat, kami muda lagi, kami tahu yang kami boleh dapat anak. Doc suruh pantang 2 minggu. Rahim kalau boleh restkan 3 bulan. Tapi kalau ada rezeki sebelum tu jangan la buang pulak. Eh doc ni. hehe.

Lepas tu bila abang tinggal aku sorang sorang memang aku nangis. Kalau abang ada aku okay je. Nasib baik bos abang faham dan bagi abg kerja kat kl je. Tapi sekarang ni aku dah makin kuat dah. Bila ada kawan kawan yang announce pregnant pun aku okay je. Bahagia untuk orang lain. Dan mintak diorang doakan aku. Pergi event herbalife, sibukkan diri dengan kerja kerja, tidur dan exercise antara benda yang aku buat bila aku sedih. Dan tak lupa selfie. haha.

Aku terima semua ni dengan hati terbuka. Moga Allah kurniakan kami rezeki di tahun 2014 ini. InshaAllah. Allah lebih mengetahui. Kami yakin Allah maha perancang. He is the best planner. Mungkin kami belum bersedia jadi ibu bapa terbaik untuk anak kami. And when Allah know we are ready, I believe He will give the cutest babiesss for ussss. hehe

Okaylah. Tu je nak share pengalaman. ehe. Korang semua doakan yang terbaik ye untuk kami. Kami pun doakan yang terbaik untuk semua. Amin. Moga kita sentiasa berada di dalam redha Allah. :)

Till next entry darlingsss!

Herbalife Personal Wellness Coach
Alwani
019-2939916






JOURNEY TO CLEAR MOIST AND BEAUTIFUL SKIN

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai semua. Long time no see. Ehe. Berzaman tak update blog dah. Tapi drafts sebenarnya banyak gila. Cuma tak dipublish. Entahlah kenapa. Mungkin lebih baik isi dalam draft draft tu disimpan dalam hati. Ecececey. :P

Okay. Back to topic yang wani nak share hari ni. How to get clear moist and beautiful skin. Ehem ehem. Tapi sebelum tu, frankly speaking kulit wani pun is far from perfect. Cuma wani teringin nak kongsi sebab wani dapat rasakan yang kulit wani semakin improve sekarang. Alhamdulillah. All praises to Allah. :)

Okay, first step, korang perlu tahu apa jenis kulit korang. Macam wani kulit combination. Tapi lebih pada kulit kering. Kat area pipi dan dagu memang selalu kering dan mengelupas. Kat area T zone lebih pada normal to oily. Selalunya kulit kering ni lagi teruk dari kulit berminyak sebab kulit muka kita lagi senang untuk nampak kusam dan lebih cepat berkedut dari kulit berminyak. Manakala kulit berminyak pulak lebih senang nak dapat jerawat. Bukan kata kulit kering takda jerawat. Still boleh dpt jerawat but from different cause. Contohnya, hormonal acne. :)

Kulit kusam dan naik merah merah


Kulit kusam. :(


Okay. Selepas korang tahu jenis kulit muka, korang boleh la pilih set skin care yang sesuai dengan kulit muka korang. Sama ada normal to dry range ataupun normal to oily range. :)

Set skin care yang wani pakai sekarang ialah Herbalife Nourifusion normal to dry set. Oleh sebab wani rasa T zone wani taklah begitu berminyak, so wani pilih satu set sahaja. Cumanya bila wani apply moisturizer, wani akan sapu pada bahagian pipi dulu dan dagu. Baki yang lembab sikit sikit kat tangan tu baru wani sapu pada bahagian dahi dan hidung supaya tak berminyak sangat.


Nourifusion Normal to Dry Kit




Apa yang wani suka tentang set ni sebab konsep dia nourishing the skin. Yup. Sesuai dengan nama dia nourifusion. Nourish + Fusion. Nourish tu lebih kurang macam memberi zat ataupun membaja. Dekat luar botol botol ni you can see it labelled multivitamin. Yup, it consist of vitamin A, C and E. Fusion plak maksudnya meresap atau bergabung. Yelah. No point kalau pakai skincare yang mahal mahal tapi tak meresap masuk kan? Bergabung tu maksudnya it best to be used with inner nutrition also. So inner and outer nutrition bergabung, fuh, meletopppp la kesannya. :) :) :)

NOURIFUSION NORMAL TO OILY KIT

Yang paling super duper best sebab nourifusion ni jugak sangat sesuai untuk kulit sensitif. Wani memang ada kulit yang sangat sensitif. Sampai pernah jumpa dermatologist and mintak produk yang sesuai. And dia cakap semua produk produk yang ada kat jusco or parkson yang bahagian mahal mahal tu sesuai. huhu. Korang tau kan?? And i had tried some of the branded products but none of them works for my skin.

Tips untuk kulit sensitif, korang perlu guna produk yang water base. Maksudnya it has very minimum chemical and most of the components is water. Macam mana nak tahu? Selalunya produk produk ni, texture dia tak tebal sangat. You can feel the moist texture and bila anda sapu boleh nampak yang texture dia sangat nipis dan senang nak meresap, :)

TEXTURE NOURIFUSION NORMAL TO DRY CLEANSER


Dan produk yang wani guna hari hari massively ialah Herbalife Aloe Soothing Gel. As many of us already know that aloe vera is very very good for skin. Plus it helps in hydration dan memudarkan parut. Memang duk sapu benda alah ni all the time kat muka. ehe. By all the time, I means, lepas cuci muka, lepas wuduk, bila duduk dalam aircond and sebelum tidur. Wah, ni produk semua orang kena ada. Yup. WAJIB ADA. ehe. Mana taknya, ada rashes sikit, sapu aloe soothing gel. Ada parut? Ada jerawat? Ada mengelupas? Aloe soothing gel la jawapannya. ehe. Memang tak payah kedekut kedekut guna sebab harga sangat murah. Dan memang tahan lama aloe soothing gel ni. ehe.

HERBAL ALOE SOOTHING GEL

Dan semenjak nak bertunang february 2013, wani amalkan scrubbing and masking at least once a week. Kalau rajin wani buat twice a week. Dah setahun wani amalkan scrubbing and masking. Also from nourifusion range. hehe. Nampak tak i am very satisfied dengan set ni? huhu.

NOURIFUSION EXFOLIATING SCRUB
NOURIFUSION MOISTURE MASK


Untuk mask wani pakai nourifusion moisture mask untuk kulit kering wani. Ada jugak clarifying mask. Sesuai untuk kulit berjerawat dan nak hilangkan parut serta bintik hitam kat muka. 


NOURIFUSION MULTIVITAMIN CLARIFYING MASK

So that's all untuk entry kali ini. Pada yang belum pernah menggunakan herbalife dan ingin dapatkan produk produk ni boleh direct contact wani, :) I will try my best to answer all your questions.


With kak sara. Kak sara pun improve masalah kulit berjerawat. 

After

My naked face now


CALL/TEXT/WHATSAPP: 0192939916
FB: Alwani MZY
INSTAGRAM: alwanimzy
WECHAT: alwanimzy_herbalife
PAGE: www.facebook.com/langsingsihatbertenaga

Anyone interested to join herbalife customer day? Sabtu kami akan ada perhimpunan belia bawah 30 tahun dalam herbalife. Ahad kami ada herbalife customer day di shah alam. You can see real testimonials of losing weight/gain weight/improve health and improve skin problems. Also for those who currently searching for business opportunity. Kindly contact me for further info. :)